Tadika Hebat, Fasiliti Lengkap – Seronok Belajar dan Bebas Meneroka!

Troli Anda

Troli anda kosong pada masa ini

TENTANG KAMI

Tadika Integrasi Al Rifaie Sdn Bhd (879306-M) merupakan institusi pendidikan awal kanak-kanak yang telah beroperasi sejak 2009, dengan fokus kepada perkembangan menyeluruh kanak-kanak dalam suasana yang selamat, terancang dan menyeronokkan.

Kami menyediakan program berstruktur, guru berkelulusan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan berpengalaman, kumpulan kecil, serta fasiliti lengkap seperti sistem keselamatan CCTV, kolam renang, taman sensori dan pelbagai permainan luar.

Komitmen kami adalah untuk menyediakan asas kukuh kepada anak-anak agar mereka membesar sebagai pelajar yang yakin, berdikari dan bersedia untuk cabaran masa depan.